Header Ads Widget

Ticker

6/recent/ticker-posts

SEOUL V3 – DAY 6: YONSEI UNIVERSITY

Kalau uols follow blog ni, sure dah tau sikit sebanyak tentang Kak Kiah punya travel style and tempat2 yang Kak Kiah biasa pegi bila travel. Salah satu tempat yang selalu jadi pilihan untuk dilawati ialah universiti. Selain dapat mengenang zaman2 muda bergelar student dolu2, Kak Kiah memang suka tengok building2 dalam kawasan universiti sebab biasanya kat sini la dapat tengok banyak building yang cantik2 & unik2. 

Kalau dulu Kak Kiah pernah ke Ewha University, untuk trip kali ni Kak Kiah pilih Yonsei University. Sebabnya ialah kat Yonsei U ni dikatakan sewaktu autumn memanglah cantik viewnya. Tambah pulak building2 kat situ jenis yang old style so rasa macam menarik la nak pi jengah.

Dari Hapjeong Stn kami ke Sinchon Stn naik subway Line 2, keluar Exit 2. Pastu kena jalan agak jauh jugak (dalam 15 min) sampai ke entrance universiti ni. 

Welcome to Yonsei University!
Dari main gate kena jalan lagi masuk ke dalam lebih kurang 20-30 min untuk pergi ke Underwood building yang terletak kat tengah2 campus. Building ni paling femes la dalam U ni sebab ia dilitupi oleh daun2 yang menjalar, so bila autumn memang cantik la katanya.

Menuju ke central area of the campus

Underwood building dari kejauhan
Daun2 banyak dah kuning kat sini
Yes sampai jua akhirnya..
Jalan punya jalan sampai becak ketiak akhirnya sampai la kat Underwood building. Walaupun dah hujung2 autumn and dedaunan pun lebih banyak dah kekuningan dan gugur, view dia still ohsem gak la. 

Ok meh layan piccas..

Underwood Building - daun2 yang cover building ni banyak dah gugur
Bangunan2 ni asalnya dulu adalah hospital
Old style building macam ni memang taste KK
Ada gak daun merah tapi dah tak banyak
Building ni ada Underwood Hall & Office of Student Affairs
Kalo masa peak autumn mesti lawa seyh sini kan
Memang cantik U ni

Another building
Student kertu

The founder of Yonsei U - Dr Underwood
Nice view

Menahan kesejukan
Tapi yang ghairah amek gambar Kak Kiah sorang je la. Tu pun kejap je. Lepas tu mati semangat tengok muka yang lain, macam kena paksa je mai sini. Semua dok tepi ngadap henpon. Maybe sebab sejuk ke, or penat ke kena jalan jauh, or lapar ke.. Tapi memang potong mood la. Nak ronda masuk ke dalam U tu pun terus tak jadik.

Sebab pikir diorang memang tak berminat nak explore U ni, akhirnya Kak Kiah ajak diorang balik je. Lagipun perut dah lapar.

Tapi dalam perjalanan nak ke subway station tu boleh pulak masing2 ni singgah masuk kedai2 kat tepi jalan tu. Macam biasa la usha2 krim skincare bagai. Takde pulak nampak macam penat sakit kaki. Muka berseri2 masa tawaf dalam kedai. Haa masa ni la baru Kak Kiah realize rupanya ni la taste sebenar diorang. Lebih pada nak bersoping rupanya.

Haha terkena lagi kau Kiah.. *tepuk dahi berkali2

Nak buat cemana dah travel skali kan. Tapi kalau Kak Kiah tau tadi baik dropkan je diorang kat kedai2 tu and Kak Kiah pegi masuk Yonsei U tu sorang2. Bukan tak bagi diorang soping, tapi Kak Kiah ni memang bodo sket kalau dah berjalan dengan orang kaki soping kosmetik. Dengar discussion diorang pasal argan oil la, serum la, bb cream, cc cream memang tak masuk kepala. Apapun layankan je laa…

Amek picca di sekitar Sinchon di kala mereka sedang bz usha skincare & cosmetic
View on the way menuju ke Sinchon Stn
Lepas dah puas masuk keluar kedai, akhirnya kami pun balik semula ke Sinchon Stn. Next agenda – makan! Murree here we come!! 

To be continued..

Yorum Gönder

0 Yorumlar